Mengenai Saya

Foto saya
Science without religion is blind and Religion without science is lame

Rabu, 18 Februari 2009

> MARXISME

Oleh Tony Cliff

Ditulis pada tahun 1961. Diterbitkan dalam T. Cliff, Selected Works: Marxist Theory After Trotsky (Jilid 3), tahun 2003.


Kata Pengantar

Marxsisme melihat kapitalisme sebagai sistem menyeluruh di mana kesemua bahagiannya adalah terikat dengan satu sama lain. Maka, kritikannya meliputi kesemua tahap kajian, dan mencuba untuk mengikatnya bersama. Maka, ia adalah penting, malah dalam rancangan asas, agar kita tidak mengetepikan apa-apa tahap, untuk mecuba membincangkan setiap topik dari setiap aspek. Ini bermakna bahawa persoalan kerajaan tidak dapat dilayani hanya sebagai persoalan politik, persoalan pengeluaran hanya sebagai persoalan ekonomi, perjuangan kelas hanya pada tahap sosial, dan sebagainya. Setiap topik mesti dikaji dari setiap aspek – bersejarah, sosial, ekonomi, politik, falsafah, ideologi, empirikal, dan sebagainya – untuk melihat bagaimana mereka berhubungan, dan akhirnya bagaimana kapitalisme berfungsi sebagai sebuah sistem menyeluruh dan bagaimana ia dapat ditumbangkan.

Bacaan
Semua orang yang mengambil kursus ini mesti membaca risalah-risalah berikut:

1. Marx dan Engels, Manifesto Komunis [The Communist Manifesto].
2. Marx, ‘Keterangan’ kepada Sumbangan Kepada Kritikan Ekonomi Politik [A Contribution to the Critique of Political Economy].
3. Lenin, Kerajaan dan Revolusi [State and Revolution].
4. Sosialis Antarabangsa, Perjuangan Demi Sosialisme [The Struggle for Socialism].

Bermulalah dengan Manifesto Komunis dan Perjuangan Demi Sosialisme, dan bacalah yang lain apabila diperlukan.

Tambahan lagi, untuk mengikuti aspek-aspek berbeza daripada topik-topik yang disentuh di sini, kami telah memberikan senarai buku dan risalah yang lebih panjang di hujung tulisan ini. Kami berharap bahawa ini akan membantu individu-individu dan kumpulan-kumpulan untuk bergerak menuju kajian lebih mendalam mengenai isu-ius yang diutarakan dengan ringkas di sini. Nota-nota ini tidak berdiri dengan sendiri. Ia mencuba untuk menitikberatkan benda-benda yang komrad-komrad patut mencari dalam bacaan dan perbincangan mereka sendiri, dan membiarkan pelbagai persoalan tanpa jawapan muktamad.

Akhirnya, pengetahuan mengenai Marxsisme asas hanyalah sebahagian daripada apa yang diperlukan oleh seseorang ahli parti revolusioner. Ia memberikan bingkai yang dapat membantu kita memahami dunia, tetapi ia perlu diamalkan kepada setiap keadaan nyata. Ini hanya dapat dipelajari dalam amalan, perbincangan dan perdebatan seharian, dan dalam pertempuran-pertempuran perjuangan kelas seharian. Tanpa amalan ini, rancangan pendidikan paling baik tidak mempunyai maksud.


Mengapa kelas pekerja?

Prinsip utama Marxsisme adalah bahawa kelas pekerja merupakan satu-satunya kumpulan sosial yang mampu, melalui aktiviti sendiri, untuk membawa pengasasan sosialisme. Ini dinyatakan dalam kenyataan Internasional Pertama dan telah menjadi dasar bagi segala aktiviti sosialis yang serius sejak itu.

Apakah sebuah kelas sosial?
Dalam mana-mana masyarakat, keperluan pertama adalah bahawa manusia mengeluarkan dan mengeluarkan semula cara-cara kewujudannya. Maka, hubungannya kepada cara-cara pengeluaran adalah penting, dan menentukan setiap aspek daripada kehidupannya. Dalam pengeluaran, manusia berhubung dengan satu sama lain dengan cara yang berbeza – kerjasama atau konflik. Manusia yang berdiri dalam hubungan yang sama dengan cara-cara pengeluaran berkongsi kepentingan dan dikatakan membentukkan sebuah kelas yang menjadi dasar pertubuhan kolektif untuk mempertahankan dan melanjutkan kepentingan-kepentingan mereka. Dengan itu, mereka memasuki konflik dengan kumpulan-kumpulan lain dengan kepentingan-kepentingan lain, dan maka bangkitlah perjuangan kelas. “Sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada adalah sejarah perjuangan kelas.” Orang bebas dan hamba di Rom Kuno, tuan dan hamba serf di Eropah pada Zaman Pertengahan, hamba dan pemilik hamba, dan sebagainya, membentukkan kelas-kelas seperti itu. Dalam masyarakat kapitalis, perjuangan dua kelas pada masa bergantungnya perkembangan masyarakat adalah borjuasi (kelas kapitalis) dan proletariat (kelas pekerja). Terdapatnya juga kelas-kelas lain dalam masyarakat kapitalis (misalnya, kaum petani, kelas menengah) tetapi akhirnya kepentingan mereka bergantung pada cara mereka berdiri berkenaan dengan dua kelas yang asas tersebut.

Masalah perubahan
Beberapa pihak melihat sejarah seperti hasil tindakan orang-orang besar. Pihak lain pula melihat sejarah, misalnya, sebagai usaha manusia yang menjadi semakin makrifat. Namun demikian, sejarah benar, sejarah umat manusia, hanya dapat difahami sebagai aktiviti manusia benar yang berjuang secara kolektif demi pencapaian kepentingan-kepentingan mereka. Maka, perubahan revolusioner dalam masyarakat hanya dapat menjadi hasil sebuah kelas sosial di mana kepentingan-kepentingannya adalah bertentangan secara objektif dengan pengaturan masyarakat yang sedia ada.

Kelas pekerja dalam pengeluaran
Pengeluaran di bawah kapitalisme adalah usaha sosial – segala-galanya yang dihasilkan bergantung kepada proses kerjasama sosial yang rumit. Ini adalah bertentangan dengan pengeluaran petani, misalnya, di mana setiap rumahtangga petani menghasilkan, secara asing daripada rumahtangga-rumahtangga lain, segala-gala yang diperlukannya. Matlamat pengeluaran dalam masyarakat kapitalis adalah untuk meluaskan kapital – untuk membuat keuntungan – dan ini hanya dapat dilakukan dengan kos kepada kelas pekerja. Maka, apa yang dihasilkan, mengapa ia dihasilkan, keadaan-keadaan di bawah mana orang bekerja, segalanya berada dalam tangan kelas kapitalis. Sebuah kelas pekerja yang dieksploitasi adalah dasar bagi kewujudan kapitalisme. Kaum borjuasi, yang pada masa revolusi borjuasi dan penghapusan feudalisme bersifat progresif, dan dengan agak munasabah dapat mewakili kepentingan-kepentingan kesemua kumpulan tertindas dalam masyarakat, kini telah menjadi reaksioner sepenuhnya, batasan kepada perkembangan kuasa-kuasa produktif demi pembebasan umat manusia. Pengeksploitasian kelas pekerja dalam bidang pengeluaran juga terdedah dalam usaha pengagihan – pembahagian gaji dan keuntungan, pemusatan kekayaan dalam tangan golongan minoriti, kemiskinan, perkhidmatan pendidikan yang tidak mencukupi dan tidak adil, perkhidmatan sosial, dan sebagainya. Pihak reformis sentiasa memusatkan perhatian pada bidang pengagihan sahaja – mereka tidak menyentuh bidang pengeluaran dan pengeksploitasian. Iaitu, mereka telah berusaha untuk menangani kesan-kesan pengeluaran kapitalis, bukannya struktur asas kapitalisme, dan maka ia bukanlah menghairankan bahawa mereka tidak pernah mampu untuk menangani malah isu-isu sosial yang mereka mengatakan adalah isu-isu yang dapat diselesaikan oleh politik parlimen.

Demokrasi borjuasi dan kepentingan abadi
Sistem-sistem demokratik mendakwa bahawa ia mewakili kepentingan umum, sesuatu yang abadi. Sebenarnya, kesama-rataan politik (kerana kami semua mengundi) adalah seiras dengan ketidak-samarataan sosial dan ekonomi, dan melanjutkan ketidak-samarataan ini. Kerajaan sebenarnya mewakili kepentingan khusus, dan ‘kepentingan kebangsaan,’ walau apa pun namanya, sebenarnya adalah kepentingan kapitalis khusus. Kelas pekerja tidak mempunyai kepentingan dalam melanjutkan pengeksploitasian mereka, dan juga tidak terdapatnya apa-apa kepentingan abadi tulin yang bertentangan dengan kepentingan majoriti penduduk. Kelas pekerja, bertentangan dengan borjuasi, mewakili kepentingan abadi tulin – kebebasan dan kepuasan keperluan-keperluan umat manusia, pada dasar pengaturan pengeluaran secara bebas lagi demokratik untuk memuaskan keperluan-keperluan tersebut.

Maka, kerana kedudukan mereka dalam masyarakat, kelas pekerja sebagai dasar pengeluaran, tetapi tidak dapat memuaskan kepentingan-kepentingan mereka dalam sistem sosial kapitalis, mewakili negasi kapitalisme. Dalam masyarakat tetapi tidak sebahagian daripadanya, pengaturan dan pengejaran kepentingan-kepentingan mereka mewakili ancaman kepada kewujudan pengeksploitasian kapitalis. Kerana dasar kewujudan kelas pekerja adalah pengeluaran sosial bersama, bukannya pengeksploitasian kelas yang lain, perjuangan kelas proletariat mewakili potensi kebebasan kesemua kumpulan yang ditindas.

Malah pengaturan
Kelas pekerja adalah satu-satunya kumpulan sosial yang mampu, melalui aktiviti sendiri, untuk membebaskan masyarakat, untuk mengasaskan sosialisme. Pencapaian ini melibatkan perkembangan kesedaran jelas mengenai apa sebenarnya merupakan kepentingan kelas pekerja – perkembangan kesedaran sosialis. Bagaimana ini dapar dicapai melibatkan persoalan strategi, taktik, pengaturan, rancangan dan sebagainya, dan akan dikaji di bawah persoalan parti.

Sejarah kelas pekerja
Bahawa ini dapat dicapai ditunjukkan oleh seluruh sejarah dan perjuangan kelas pekerja. Potensi kelas pekerja dilihat dengan paling jelas dalam Komun Paris dan Revolusi Oktober di Rusia, dan juga misalnya dalam Perang Saudara Spanyol, Revolusi Hungari pada tahun 1956, dan sebagainya. Sejarah kelas pekerja Britain menunjukkan kekayaan dalam kemampuan pekerja untuk mengatur diri mereka menentang pelbagai jenis serangan kapitalis. Ia belum lagi menunjukkan cabaran secara langsung, berkesedaran, revolusioner terhadap susunan yang sedia ada, kecuali mungkin dalam tahun-tahun pertama Parti Komunis Britain.

Bacaan: Marx dan Engels, Manifesto Komunis.


Pandangan Marx mengenai sejarah

Titik permulaan bagi Marx sentiasa adalah manusia yang hidup, kerana mereka menghasilkan cara-cara kewujudan mereka sendiri. Apa yang dia berusaha untuk menangani adalah dwi-hubungan manusia dengan alam dan manusia dengan manusia. Iaitu, manusia, melalui proses berusaha, mengubah alama untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Dia melakukan ini dalam beberapa hubungan (kerjasama dan/atau konflik) dengan manusia yang lain. Aktiviti-aktiviti ini mendirikan kuasa-kuasa pengeluaran dan hubungan-hubungan pengeluaran, atau apa yang dinamakan oleh Marx sebagai dasar ekonomi dalam mana-mana masyarakat.

(a) Sejajar dengan dasar ini, bentuk kewujudan sosial ini, terdapatnya beberapa bentuk kesedaran tertentu (misalnya, idea-idea keagamaan, pandangan politik, dan sebagainya).
(b) Pada tahap tertentu, hubungan bahagia di antara kuasa-kuasa dan hubungan-hubungan pengeluaran, yang membantu perkembangan kuasa-kuasa produktif, menjadi belenggu kepada perkembangan ini.
(c) Mana-mana susunan sosial tidak dapat dihapuskan sebelum perkembangan kuasa-kuasa produktif paling penuh telah berlaku.
(d) Secara umumnya, cara-cara pengeluaran Asiatik, kuno, feudal dan kapitalis moden merupakan zaman-zaman progresif dalam pembentukan masyarakat.
(e) Dengan pembentukan kapitalis dan penumbangannya, pra-sejarah umat manusia berakhir. “Manusia menciptakan sejarah mereka sendiri, tetapi bukannya di bawah keadaan-keadaan yang dipilih sendiri.” Matlamat teori adalah untuk memahami mengapa bukannya di bawah keadaan-keadaan yang dipilih sendiri, dan berkaitan dengan amalan, untuk menghapuskan batasan-batasan pada aktiviti bebas manusia. Di bawah sosialisme, secara ringkas, manusia akan menciptakan sejarah mereka sendiri.

Kuasa-kuasa pengeluaran
Ini bukan sahaja merujuk kepada teknologi dan jentera, atau tahap pengeluaran fizikal.

(a) Pada mulanya, ia hanya bermakna kuasa tenaga pekerja benar manusia.
(b) Apa-apa yang meningkatkan kemampuan produktif ini juga adalah kuasa produktif. Maka:
• Amalan sains dan teknik kepada industri adalah kuasa produktif.
• Kerjasama pekerja dalam pengeluaran adalah kuasa produktif.
• Kuasa sendiri adalah kuasa produktif, misalnya keganasan yang terlibat dalam menggusurkan petani dari tanah pada tahap-tahap kapitalisme awal.
(c) Dari segi khas, istilah kuasa produktif mungkin diamalkan kepada proletariat sendiri, yang melalui tindakan revolusioner dapat membebaskan kuasa-kuasa yang wujud dalam tenaga pekerja sosial pada mana bergantungnya masyarakat kapitalis. “Di antara kesemua alat pengeluaran, kuasa produktif terunggul adalah kuasa tenaga pekerja.”

Hubungan-hubungan pengeluaran
Ini merujuk kepada pengaturan sosial dalam pengeluaran, cara kerjasama di bawah mana pengeluaran dilaksanakan. Dari segi undang-undang, ini diluahkan oleh hubungan-hubungan berharta (tetapi notakan undang-undang, sebagai sebahagian daripada mahastruktur, dapat mendedahkan benda sejauh mana ia mendedahkan realiti – seperti yang ditunjukkan oleh perlembagaan Rusia).

Konflik di antara kuasa-kuasa dan hubungan-hubungan pengeluaran
Sambil konflik di dasar meningkat, terdapatnya tiga kemungkinan:

(a) Kuasa-kuasa produktif (yang terdiri dalam aktiviti kelas sosial yang semakin bangkit) meletus, misalnya revolusi-revolusi borjuasi di Perancis dan England.
(b) Kuasa-kuasa produktif gagal untuk meletus, misalnya kemerosotan masyarakat penghambaan Rom.
(c) Terdapatnya kebantutan, misalnya masyarakat-masyarakat Timur (hidraulik, pengairan) di Mesir Kuno, Babylon dan Empayar Cina.

Motor bagi perkembangan sosial, bagi perubahan dari satu bentuk masyarakat menuju bentuk lain, adalah perjuangan kelas. Ini adalah sangat penting, kerana pengakhiran kapitalisme bukanlah sesuatu yang akan berlaku sesuatu hari nanti apabila sistem itu berakhir dengan sendiri, dan digantikan pada hari seterusnya oleh sosialisme. Kapitalisme, yang merupakan sesuatu sistem dinamik yang sentiasa merasionalisasikan cara-cara pengeluaran, telah menunjukkan bahawa dengan masa, ia dapat pulih daripada mana-mana krisis dan bermula sekali lagi. Kos ini adalah sangat tinggi – pada abad ke-20 sahaja, telah berlakunya dua perang dunia, fasisme, pengeksploitasian imperialis ke atas dunia membangun, pengangguran luas di kalangan kelas pekerja perindustrian terutamanya pada tahun 1930-an, pembaziran sumber-sumber pada persenjataan sejak Perang Dunia Kedua, dan sebagainya.

Sistem ini tidak akan meninggal dunia sehingga terdapatnya perkembangan sepenuhnya kuasa-kuasa produktif. Kini, kelas pekerja telah menjadi kuasa produktif paling penting. Dalam perkembangannya yang paling penuh dari segi kesedaran dan pengaturan, terletaknya perkembangan kuasa-kuasa produktif yang wujud di bawah kapitalisme – hanya selepas itu dapatnya sistem kapitalis dihapuskan buat selama-lamanya. Faktor subjtktif ini, yang bangkit pada dasar percanggahan-percanggahan objektif dalam pengeluaran kapitalis, menyempurnakan perkembangan konflik-konflik dalam dasar ekonomi.

Dasar dan mahastruktur
Pada dasar ekonomi bangkitnya mahastruktur masyarakat – bidang-bidang perundangan, politik, estetik, keagamaan dan falsafah. Yang ini adalah usaha untuk memahami aktiviti-aktiviti manusia di dunia – dan, seperti kesemua usaha untuk memahami, ia mestilah benar atau salah. Dalam erti kata lain, ‘dasar ekonomi’ merujuk kepada aktiviti pengeluaran sedar manusia yang bertujuan untuk menciptakan dan mengekalkan keadaan-keadaan kehidupan manusia; ‘mahastruktur’ mencuba untuk memunasabahkan, mengesahkan, dan memahami bentuk-bentuk yang diambil oleh aktiviti ini.

Secara umumnya, sehingga ini usaha-usaha untuk memahami belum disempurnakan, berat sebelah dan terhad. Usaha-usaha seperti itu menjadi bersifat ideologi apabila ia ‘melupai’ untuk menghubungkan perspektif (misalnya perspektif keagamaan atau falsafah) dengan aktiviti manusia, dan mencuba untuk membina sistem-sistem pemahaman dengan sendiri – misalnya, untuk mencuba menulis sejarah dari segi apa yang orang-orang besar (misalnya, raja-raja England) telah berfikir dan melakukan; atau untuk menulis sejarah pertumbuhan kebebasan dari segi perkembangan undang-undang yang diamalkan kepada semua orang secara sama rata – melupai bahawa kerana manusia bukanlah sama rata dari segi sosial dan ekonomi, bahawa ‘kebebasan’ seperti itu seringkali hanya bersifat akademik. Seperti yang dikatakan oleh Anatole France, “Undang-undang yang paling unggul tidak membenarkan kaum kaya dan miskin untuk tidur di bawah jambatan.” Atau sekali lagi, pandangan demokrasi sosial yang memisahkan perjuangan ekonomi dan perjuangan politik, ‘melupai’ hubungan di antara kedua-duanya dan menjadi bersifat ideologi dari segi teori, lalu membawa penganiayaan dalam amalan.

Ekonomi politik borjuasi bukanlah bersifat ideologi kerana ia sekurang-kurangnya mencuba memahami dasar pada mana masyarakat bergerak dan berkembang – Marx telah mengkritiknya kerana kelemahannya. Ekonomi moden telah melepaskan kerisauan ini dan telah menjadi peminta maaf bagi ekonomi politik borjuasi.

Dalam bidang teori politik, pandangan-pandangan demokrasi moden adalah pandangan-pandangan terhad lagi berat sebelah mengenai apa yang sebenarnya berlaku – ia menyembunyikan realiti masyarakat kelas dengan mengatakan bahawa demokrasi politik mantap dapat wujud (kita semua memiliki hak mengundi) sambil tidak wujudnya demokrasi ekonomi dan sosial. Begitu juga di negara-negara Komunis, mereka berkata bahawa sosialisme wujud kerana cara-cara pengeluaran dimiliki oleh kerajaan. Mereka melupai untuk bertanya siapakah yang ‘memiliki’ kerajaan, dan ia jelasnya bukanlah kelas pekerja.

Unsur-unsur mahastruktur ini mesti dikritik dan difahami, tetapi ia tidak mencukupi untuk melakukannya hanya dari segi teori. Misalnya, terdapatnya pelbagai kritikan terhadap agama sebagai sesuatu ilusi, tetapi agama masih wujud. Kritikan seperti itu, jika ia adalah tepat, hanya dapat diuji dengam menumbangkan sesuatu keadaan sosial yang memerlukan ilusi-ilusi. Dengan membina sosialisme danb menunjukkan bahawa ‘syurga’ hanyalah metafora bagi apa yang umat manusia dapat mencapai melalui usaha-usahanya sendiri, seseorang akan menghapuskan keperluan bagi agama.

Bacaan: Marx dan Engels, Manifesto Komunis; Marx, ‘Keterangan’ kepada Sumbangan Kepada Kritikan Ekonomi Politik.


Pengeluaran dan pengeksploitasian: Ekonomi masyarakat kapitalis

Komoditi
Komoditi-komoditi adalah barangan yang dihasilkan untuk dijual di pasaran, dan kekayaan masyarakat dari segi mana cara pengeluaran kapitalis bermaharaja kelihatan seperti ‘akumulasi besar komoditi-komoditi.’ Masyarakat seperti itu disifatkan oleh pengeluaran komoditi umum.

Nilai kegunaan dan nilai pertukaran
Nilai kegunaan sesuatu komoditi adalah kemampuannya untuk memuaskan keinginan atau keperluan seseorang (misalnya, untuk memakai kot, makanan kubis, dan sebagainya). Nilai pertukaran sesuatu komoditi adalah kemampuannya untuk bertukar dengan komoditi-komoditi lain, atau untuk dijual-beli demi wang di pasaran. Benda-benda mempunyai nilai-nilai pertukaran yang berlainan kerana ia adalah berbeza dari segi kualitatif – kemampuannya untuk bertukar dengan satu sama lain di pasaran memerlukan anggapan bahawa ia mempunyai sesuatu ciri yang sama, bahawa ia dapat dibandingkan secara kuantitatif dengan satu sama lain. Apakah faktor serupa ini? Ia adalah fakta bahawa kesemuanya merupakan hasil-hasil usaha manusia dari segi abstrak.

Teori tenaga pekerja mengenai nilai
Nilai komoditi-komoditi ini yang membolehkannya untuk ditukar dengan satu sama lain diukur dari segi jumlah bahan pencipta-nilai yang terkandung dalamnya, iaitu dari segi masa tenaga pekerja diperlukan secara sosial yang digunakan untuk menghasilkan komoditi tersebut. Hukum nilai ini merupakan satu-satunya hukum yang dapat mengawal pertukaran komoditi-komoditi.

Maka, misalnya, jika produktiviti tenaga pekerja meningkat kerana jentera baru diperkenalkan dan setiap helai baju kini dapat dihasilkan dalam separuh masa berbanding dengan dahulu, nilai setiap helai baju akan dikurangkan.

Dua jenis tenaga pekerja – kukuh dan abstrak
Sejajar dengan nilai kegunaan dan pertukaran sesuatu komoditi adalah dua jenis tenaga pekerja – kukuh dan abstrak. Tenaga pekerja kukuh adalah tenaga pekerja yang digunakan untuk menciptakan sesuatu benda berguna. Namun, nilai pertukaran diukur dengan membuat abstraksi dari sifat berguna tenaga pekerja dan dari bentuk yang ia mengambil, iaitu ia adalah tenaga pekerja secara abstrak. Ia mungkin dikatakan bahawa ini tidak dapat dilakukan – namun masyarakat kapitalis sentiasa melakukannya, apabila sesuatu komoditi dijual atau dibeli.

Kitaran komoditi-komoditi
Pihak kapitalis memasukkan wang ke dalam kitaran (misalnya membeli jentera, bahan-bahan mentah, mengupah pekerja, dan sebagainya) dengan harapan meraih lebih banyak wang pada akhir proses berbanding dengan jumlah wang yang dilaburkan. Dari manakah datangnya nilai lebih ini? Ia tidak dapat muncul dari penjualan komoditi-komoditi di atas nilai mereka – walaupun seorang kapitalis akan meraih keuntungan, ia akan merugikan pihak kapitalis yang lain dan jumlah nilai dalam sistem tidak akan berubah. Dalam cara yang sama, ia tidak dapat muncul dari pembelian komoditi-komoditi di bawah nilainya. Sememangnya, harga-harga akan berubah dengan bekalan dan tuntutan (misalnya, peningkatan harga lilin semasa permogokan pekerja elektrik). Tetapi harga bukanlah serupa dengan nilai – ia adalah berbeza, dan merupakan perluahan cara nilai diagihkan di kalangan masyarakat. Harga-harag tidak menjelaskan bagaimana nilai diciptakan.

Kuasa tenaga pekerja sebagai komoditi
Nilai lebih hanya dapat diciptakan dengan pihak kapitalis membeli komoditi mengikut nilainya, dan menciptakan nilai dengan ‘penggunaan’ komoditi ini. Apakah komoditi yang mampu menciptakan lebih banyak nilai daripada nilainya sendiri sambil ia digunakan? Di bawah kapitalisme, terdapatnya sesuatu komoditi seperti itu – kemampuan manusia untuk bekerja. Untuk kemampuan manusia untuk bekerja menjadi sesuatu komoditi, dua keadaan mesti dipenuhi – ia mestilah menjadi tenaga pekerja ‘bebas’ dari dwi-segi:

1. Pemiliknya mestilah bebas daripada memiliki cara-cara pengeluaran.
2. Dia mestilah bebas untuk menjual kuasa tenaga pekerjanya.

Misalnya, penenun kain pada tahap-tahap awal pengeluaran kain seringkali menjual sebahagian atau seluruh cara-cara pengeluaran yang dia menggunakan. Hamba tidak dibenarkan menjual kuasa tenaga pekerjanya – dia ‘dimiliki’ oleh tuannya.

Nilai sama rata ditukar, namun pekerja dirompak
Prinsip kapitalisme adalah bahawa nilai-nilai sama rata dapat ditukar. Maka, apabila seorang pekerja menjual kuasa tenaga pekerjanya, dia mesti dibayar bagi nilainya. Nilai ini, seperti kesemua nilai, diukur oleh jumlah masa tenaga pekerja yang diperlukan secara sosial untuk menghasilkan dan menghasilkan semula kelas pekerja. Ini akan diukur dari segi jumlah yang perlu dibiayai untuk menyediakan pakaian, makanan, rumah dan sebagainya bagi pekerja. Tahap penghidupan ini sentiasa mempunyai aspek sosial dan tidak dapat diukru secara mutlak dan bagi semua orang. Misalnya, di beberapa bahagian Amerika, kerana pengangkutan awam berada dalam keadaan buruk, kemampuan pekerja untuk mencari pekerjaan akan bergantung kepada permilikan kereta, dan ini perlu dipertimbangkan apabila mengukur nilai kuasa tenaga pekerja di sana.

Apakah yang berlaku apabila seorang pekerja menjual kuasa tenaga pekerjanya? Orang yang membelinya mendapat ‘hak’ untuk menggunakannya, sebagaimana jika saya membeli sepasang kasut, saya mempunyai hak untuk memakainya. Maka, pihak kapitalis, selepas membeli kuasa tenaga pekerja, akan menggunakannya, iaitu mengerjakannya mungkin selama lapan jam sehari,, dan dalam tiga jam pertama ia akan menghasilkan barangan yang mempunyai nilai sama rata dengan nilai kuasa tenaga pekerja itu. Dalam lima jam seterusnya, dia akan menciptakan lebih banyak nilai daripada nilai kuasa tenaga pekerjanya – ini dinamakan nilai lebih.

Kini perhatikan bahawa di bawah kapitalisme:

(a) Apa yang dihasilkan oleh pekerja dimiliki oleh pihak kapitalis.
(b) Nilai lebih yang dia menciptakan dimiliki oleh pihak kapitalis.
(c) Pada hujung proses ini, para pekerja mengekalkan kuasa tenaga pekerjanya dan dapat menjualkan sekali lagi.

Kapitalisme adalah bebas dari seginya sendiri, tetapi sistem ini merompak pekerja. Proses memerah nilai lebih ini, yang dimiliki secara ‘sah’ oleh pihak kapitalis, dinamakan pengeksploitasian.

Pengeksploitasian menentang penindasan
Istilah-istilah ini tidak patut dikelirukan. Kaum petani di Vietnam, kaum kulit hitam di Afrika Selatan, kaum perempuan dalam setiap masyarakat mungkin ditindas dan mengalami kehidupan melarat, dan sememangnya perjuangan mereka untuk menumbangkan penindasan ini mesti disokong tanpa halangan. Tetapi mereka tidak semestinya dieksploitasi – misalnya sebuah keluarga petani yang tidak mampu untuk menanam beras yang mencukupi untuk dimakan, biarpun untuk dijual di pasaran, tidak dieksploitasi sama sekali. Ia secara umumnya adalah para pekerja paling mahir yang paling dieksploitasi, dalam kemampuan mereka untuk menghasilkan jumlah nilai lebih yang tinggi.

Kapitalisme sebagai sistem menyeluruh
Sistem seperti itu yang menghasilkan kekayaan dalam bentuk nilai pertukaran, bukannya untuk memuaskan keperluan sosial tetapi untuk membuat keuntungan, sememangnya mengalami krisis-krisis dan percanggahan-percanggahan. Persaingan di antara unit-unit kapital yang berlainan membawa keperluan bagi setiap kapital untuk sentiasa merasionalisasikan cara-cara pengelurannya. Misalnya, jika satu perusahaan kereta memperkenalkan proses teknikal baru, perusahaan-perusahaan lain juga perlu memperkenalkan teknik yang sama atau proses yang lain, jika tidak, perusahaan pertama akan mengalahkan kesemua pesaing di pasaran. Maka persaingan ini membawa keperluan berterusan bagi kapital untuk diakumulasi.

Kini (1) kadar akumulasi ditentukan oleh kadar keuntungan. Sambil industri menjadi lebih kapital intensif (iaitu sambil semakin banyak jentera diperkenalkan untuk menggantikan pekerja, yang diperlukan oleh pihak kapitalis kerana persaingan di antara mereka), atau seperti yang dikatakan oleh Marx, sambil kandungan organik dalam kapital meningkat, terdapatnya kurang tenaga pekerha hidup dari mana nilai lebih dapat diperah, terdapatnya kebiasaan bagi kadar keuntungan untuk merosot. Ini dapat dihadkan dengan beberapa cara (misalnya, dengan meningkatkan kadar pengeksploitasian melalui perjanjian produktiviti) tetapi ia kekal sebagai kebiasaan asas di bawah kapitalisme. (2) Terdapatnya kebiasaan bagi pengeluaran untuk bertumbuh dengan lebih laju daripada pasaran yang dimiliki. Kadar akumulasi yang tinggi bermakna bahawa terdapatnya sumber yang berkurangan untuk dibelanjakan pada barangan pengguna, iaitu untuk membeli komoditi-komoditi yang sistem kapitalis mengeluarkan.

Jika bukan kerana kebiasaan bagi kadar keuntungan untuk merosot, seseorang dapat menyelesaikan masalah kedua dengan meningkatkan gaji. Jika bukan kerana kebiasaan bagi pengeluaran untuk bertumbuh dengan lebih laju daripada pasaran, seseorang dapat menyelesaikan masalah pertama dengan memotong gaji (misalnya, fasisme).

Tetapi masalah-masalah ini bangkit, pada masa yang sama, dari sifat pengeluaran kapitalis – ia dapat menjumpai penyelesaian sementara kepada masalah-masalahnya, tetapi ia tidak dapat menyelesaikannya buat selama-lamanya.

Nota-nota ini menggariskan dasar kritikan saintifik Marx terhadap pengeluaran kapitalis. Kajian ‘ekonomi’ ini mempunyai aspek-aspek lain yang mesti dipertimbangkan secara ringkas.

Falsafah
Dari sudut pandangan kapitalis, satu-satunya aspek pekerja yang dipertimbangkan oleh sistem adalah kemampuannya untuk bekerja. Manusia, dengan segala kebolehannya, kuasa-kuasa kreatif, emosi dan sebagainya, disingkirkan, dalam fungsi-fungsi seharian kapitalisme, kepada abstraksi berat sebelah, kepada nilai pertukarannya. Dari pengeksploitasian kelas pekerja dan proses pengeluaran bangkitnya alienasi manusia – kerana dalam cara pengeluaran diatur, dia kehilangan kawalan ke atas apa yang dihasilkan olehnya, bagaimana ia dihasilkan, dan dia juga diasingkan daripada manusia lain dan dari hubungan-hubungan sosial dengan orang lain, misalnya melalui persaingan bagi pekerjaan yang memaksa kumpulan-kumpulan pekerja untuk bersaing dengan pekerja-pekerja lain. Dari segi falsafah asas, manusia diasingkan daripada sifatnya sendiri – iaitu sebagai pencipta dan pengawal kehidupan sosial.

Hubungan-hubungan manusia mengambil bentuk hubungan-hubungan di antara benda-benda, kerana walaupun pengeluaran sememangnya bersifat sosial, pengeluar-pengeluar komoditi hanya menjadi sedar akan hubungan-hubungan sosial mereka melalui pertukaran komoditi-komoditi di pasaran, iaitu melalui perantaraan apa yang dihasilkan oleh mereka. Ini merupakan fetisyisme komoditi-komoditi, penggantian hubungan-hubungan manusia yang benar oleg hubungan-hubungan di antara benda-benda.

Sosial
Aspek sosial dalam pengeluaran kapitalis adalah perjuangan kelas. Terdapatnya perjuangan berterusan oleh pihak kapitalis untuk memerah nilai lebih, oleh pekerja untuk mempertahankan diri mereka dan keadaan-keadaan bekerja, dan kadar keuntungan bergantung kepada imbangan kuasa-kuasa kelas ini. Bergantung kepada tahap sehingga mana pihak kapitalis merasai diri mereka diancam, mereka bersedia untuk menggunakan ideologi (misalnya, ‘kepentingan kebangsaan,’ serangan ke atas pemimpin-pemimpin pekerja), kerajaan (misalnya, parlimen dan perundangan anti-kesatuan pekerja, atau polis dan tentera) atau peperangan untuk mempertahankan keuntungan dan pemerintahan kelas.

Bersejarah
Kritikan Marx terhadap ekonomi politik juga menunjukkan bagaimana cara pengeluaran kapitalis telah bangkit dan bagaimana ia akan meninggal dunia, iaitu ia melayani sistem tersebut sebagai hanya satu bentuk pengaturan pengeluaran dan masyarakat dalam sejarah. Asal-usulnya adalah ganas – dalam akumulasi kuno, dalam penciptaan kelas pekerja yang tidak memiliki apa-apa untuk dijual kecuali kuasa tenaga pekerja mereka. Fungsinya dilanda oleh krisis, percanggahan, pengeluaran pembaziran besar (misalnya, senjata) di samping keperluan dan kemiskinan berleluasa, dan oleh konflik sosial. Perluasan kuasa-kuasa pengeluaran demi keuntungan adalah seiras dengan penciptaan dan penciptaan semula kelas pekerja. Dalam aktiviti sendiri, kesedaran dan pengaturan kelas tersebut terletaknya sistem pengeluaran dan pengaturan sosial masa depan demi keperluan dan bukannya keuntungan – iaitu sosialisme.

Politik
Peranan kerajaan dalam perkembangan dan pertahanan kapitalisme juga adalah penting, biarpun dalam cara ia membantu pihak kapitalis untuk menangani anarki pasaran antarabangsa, mahupun untuk menghindari ancaman dari kelas pekerja. Isu ini akan dikaji secara asing.

Bacaan: Marx, gaji, Harga dan Keuntungan (kadang-kala diterbitkan di bawah tajuk Nilai, Harga dan Keuntungan).


Reformasi atau revolusi?

‘Reformisme’ merujuk kepada teori-teori pembasmian kapitalisme melalui sosialisasi sektor-sektor ekonomi secara beransur-ansur dan satu demi satu, atau dengan menggunakan aliran-aliran politik biasa.

Perkataan tersebut kadang-kala juga digunakan untuk merujuk kepada perjuangan demi reformasi-reformasi individu di dalam kapitalisme. Di sini, kita menangani aspek pertama, iaitu seluruh persoalan bagaimana kapitalisme dapat dibasmikan.

‘Pembebasan kelas pekerja mesti menjadi tindakan kelas pekerja sendiri’
Inti sosialisme adalah kawalan sedar ke atas masyarakat oleh kesemua ahlinya. Kelas pekerja adalah pendukung unik kesedaran ini, dan dalam membebaskan dirinya, ia memberikan dasar bagi kawalan sedar ini. Maka, perubahan dari kapitalisme menuju sosialisme dicapai oleh kelas pekerja sebagai sebuah kelas yang merampas kuasa. Ini adalah proses menyeluruh di mana kelas pekerja menjadi sedar akan kedudukannya di bawah kapitalisme dan akan kemungkinan untuk mengatur semula masyarakat secara menyeluruh, dan membina pertubuhan-pertubuhannya yang menjadikan kemungkinan ini sesuatu realiti.

Reformisme adalah tidak sesuai dengan ini kerana dua sebab:

(1) Perubahan beransur-ansur tidak memberikan perhatian kepada sifat kapitalisme sebagai sistem menyeluruh, dan tentangan yang akan dihadapkan kepada perubahan seperti itu.
(2) Reformisme beransur-ansur dan ‘jalan parlimen’ menafikan kemungkinan kelas pekerja bertindak sebagai sebuah kelas, dan kemungkinan demokrasi kelas pekerja yang benar. Ianya bersifat elitis dan secara umumnya merisaukan kecekapan (“kami dapat mengelolakan sistem dengan lebih baik”) bukannya kebebasan (“kami akan mengelolakan sistem demi kepentingan kami sendiri”). Sememangnya, mengelolakan masyarakat dalam kepentingan-kepentingan kami sendiri adalah seripa dengan mengelolakannya dengan lebih baik, tetapi yang bertentangan dengan itu tidak semestinya benar. Kerajaan Buruh yang mencapai kuasa pada tahun 1964 [di Britain] telah berjanji untuk mengelolakan sistem dengan lebih baik daripada Parti Konservatif. Melalui ini, mereka bermakna mengelolakan kapitalisme dengan lebih baik.

Revolusi kelas pekerja akan menjadi tindakan sedar. Perjuangan reformis adalah sangat penting dalam perjalanan menuju revolusi, tetapi dari sudut pandangan sosialis, ia perlu diukur dari segi sejauh mana ia membantu untuk memperkembangkan kesedaran revolusioner, dan pertubuhan-pertubuhan revolusioner kelas pekerja.

Kuasa kelas
Kelas kapitalis memegang kuasa dari pelbagai sefi – dalam masyarakat kapitalis, kuasa politik, sosial, ekonomi dan ideologi adalah berhubungan, tanpa mengira betapa berbeza dan berpelbagai ia kelihatan di negara-negara lain. Aspek ideologi adalah sangat penting. “Idea-idea yang memerintah adalah idea-idea kelas pemerintah.” Ini tidak bermakna bahawa kerajaan perlu memukul akhbar-akhbar dan syarikat-syarikat televisyen dengan kayu besar untuk mendapat sokongan mereka – akhbar-akhbar dan sebagainya biasanya diurus oleh syarikat-syarikat besar yang berkongsi kepentingan syarikat-syarikat besar secara umumnya, tanpa mengira betapa mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan.

Serupa dengan itu, idea-idea kelas pemerintah mempengaruhi kesemua tahap masyarakat, dan menjadi sebahagian daripada akal waras semua orang (misalnya, “tugas seharian adil bagi gaji seharian adil” atau “kita hidup di bawah demokrasi kerana kita semua memiliki hak mengundi”).

Dan kecuali jika ini adalah benar, sebuah kelas pemerintah eksploitatif yang tersangat jecil tidak dapat wujud kecuali dengan menggunakan keganasan. Maka, perjuangan demi sosialisme semestinya melibatkan perjuangan berterusan menentang idea-idea kelas pemerintah pada setiap tahap.

Reformisme tidak memberikan perhatian kepada ini, misalnya ia menerima idea kelas pemerintah bahawa kerajaan seolah-olah berada ‘di atas masyarakat,’ tidak berat sebelah dan dapat digunakan oleh sesiapa yang memenangi pilihanraya untuk meluluskan polisi-polisi baru, biarpun bersifat kapitalis atau sosialis (lihat nota-nota mengenai kerajaan). Secara umumnya, ia melihat kuasa politik sebagai sesuatu yang asing daripada bentuk-bentuk kuasa yang lain.

Pengeluaran di bawah kapitalisme
Inti pengeluaran kapitalis adalah penaklukan tenaga pekerja hidu oleh kapital (tenaga pekerja mati), dan keperluan berterusan untuk mengakumulasi kapital. Pengeksploitasian tidak dapat dibasmikan secara beransur-ansur, walaupun perjuangan kelas dapat menghadkannya. Kapitalisme sentiasa mencuba untuk meningkatkan akumulasi menentang gaji, dan ini sentiasa ditentang oleh perjuangan kelas pekerja. Perjuangan demi reformasi, jauh daripada menafikan keperluan bagi revolusi, menciptakan konflik-konflik yang hanya dapat diselesaikan oleh revolusi – kapitalisme tidak dapat memberikan apa-apa lagi, para pekerja tidak dapat menyingkirkan tuntutan. Tuntutan-tuntutan kuantitatif membawa keperluan bagi perubahan-perubahan kualitatif, dan antara kelas pekerja merampas kuasa atau ia dihancurkan (misalnya, Permogokan Umum tahun 1926 di Britain).

Pihak reformis memperdebatkan bahawa kesemua pekerja hanya memerlukan lebih banyak, bahawa apa yang kami maksudkan dengan pengeksploitasian adalah bahawa terdapatnya ketidak-samarataan dalam sfera pengagihan. Ia gagal untuk memahami bagaimana ketidak-samarataan ini bangkit dari sifat pengeluaran kapitalis. Misalnya, ramai ahli reformis sayap kiri telah menyokong polisi pendapatan Parti Buruh [di Britain], dan berkata bahawa ia akan menjadi cara untuk membantu pekerja yang bergaji rendah. Tetapi di bawah kapitalisme, kita tidak dapat memiliki kawalan ke atas keuntungan dan dividen, jika tidak, motor sistem tersebut – iaitu akumulasi untuk pelaburan – akan dilemahkan. Maka ia tidaklah menghairankan bahawa polisi pendapatan telah membawa pembekuan gaji. Apa yang dapat dicapai oleh polisi seperti itu hanyalah perubahan cara bahagian kelas pekerja daripada ‘kek kebangsaan’ diagihkan di kalangan pekerja. Ia tidak dapat mengubah imbangan di antara tenaga pekerja dan kapital (kecuali dalam kepentingan kapital).

Lebih-lebih lagi, reformisme mengabaikan peralihan ekonomi kapitalis menuju krisis. Maka, selepas beberapa lama, Parti Buruh di Britain telah menjumpai dirinya dalam kuasa semasa krisis seperti itu, dan segala reformasi yang dijanjikannya diketepikan sambil ia menangani krisis – tetapi menangani krisis bermakna pembaikan sistem kapitalis, peningkatan akumulasi, peningkatan kadar pengeksploitasian! Maka penyelesaian-penyelesaian reformis sentiasa memaksa kelas pekerja untuk membayar kos tinggi supaya kapitalisme dapat dikukuhkan.

Kepentingan reformisme yang semakin merosot
Kepentingan cara perjuangan reformis klasik sedang merosot. Kuasa dalam kelas pemerintah sendiri kurang berpusat pada parlimen, seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan perusahaan-perusahaan besar pada tahap kebangsaan, dan peningkatan sifat antarabangsa perusahaan-perusahaan seperti itu. Kuasa ekonomi kapitalis sedang menjadi lebih bebas daripada mana-mana dasar kebangsaan.

Dasar kuasa klasik bagi tindakan reformis – iaitu parlimen kebangsaan – maka dilemahkan malah bagi perjuangan-perjuangan reformasi serta-merta. Hasil daripada ini, politik reformis kurang berjuang dan kurang menuntut reformasi-reformasi besar dan semakin menjadi ejen kapitalisme di hati kelas pekerja (misalnya, kerajaan Buruh terakhir berbanding dengan pendahulu-pendahulunya). Serupa dengan itu, sambil ia gagal untuk menyimpan janji-janjinya, reformisme tidak lagi berhubung dengan akar-umbi gerakan kelas pekerja.

Pusat perjuangan demi reformasi, demi pertahanan taraf kehidupan pekerja, telah berpindah dari pertubuhan-pertubuhan politik tradisional menuju perjuangan perindustrian.

Masa depan
Reformisme akar-umbi tempatan, bertentangan dengan reformisme politik lama, adalah didasarkan pada aktiviti sendiri kelas pekerja, dan dengan itu, ia dapat menjadi dasar bagi gerakan revolusioner baru untuk menentang kapitalisme. Pemisahan perjuangan ekonomi daripada perjuangan politik semakin diakhiri oleh kelas pemerintah sendiri. Polisi pendapatan, perjanjian produktiviti dan undang-undang anti-kesatuan pekerja telah membawa politik kembali ke kilang, kerana perjuangan-perjuangan reformis terhad di kilang telah menjadi ancaman kepada kewujudan kapitalisme. Perjuangan untuk mempertahankan wakil-wakil kilang menjadi perjuangan demi gerakan sosialis revolusioner baru, demi pertubuhan sebuah parti revolusioner.

Bacaan: Lenin, Kerajaan dan Revolusi; Cliff, Serangan Pihak Majikan: Perjanjian Produktiviti dan Cara Untuk Menentangnya [The Employers’ Offensive: Productivity Deals and How to Fight Them].


Kerajaan dan revolusi

Pemahaman jelas mengenai sifat kerajaan dalam masyarakat kapitalis adalah penting, kerana berkenaan dengan persoalan ini, lebih daripada mana-mana persoalan lain, kebanyakan bahagian daripada gerakan revolusioner telah mengalami kekeliruan – membawa kesalah-fahaman serius mengenai kepentingan tahap politik dalam perjuangan pekerja demi sosialisme, atau pelbagai jenis strategi dan taktik reformis (yang seringkali membawa kemelaratan).

Apakah kerajaan?
Kerajaan adalah kuasa di atas masyarakat dan meluahkan kewujudan percanggahan kelas dalam masyarakat kapitalis. Ia terdiri daripada badan-badan manusia bersenjata yang khas, dan yang memiliki penjara dan sebagainya di bawah kekuasaan mereka. Ia digunakan sebagai alat untuk mengekalkan pengeksploitasian kelas pekerja dan untuk menghapuskan apa-apa cabaran yang menghadapi kuasa kapital.

Bagaimana kerajaan menguasai
Apabila terpaksa, kerajaan menggunakan keganasan terbuka – angkatan tentera, dan sebagainya. Dalam keadaan-keadaan apabila konflik kelas tidaklah sangat terbuka, keganasan ini biasanya tidak sebegitu jelas, misalnya kegunaan pihak polis untuk mengawal penghancur permogokan, untuk menghalang demonstrasi daripada ‘melampaui batasan,’ tetapi di sini juga kegunaan kekuasaan adalah nyata.

Secara umumnya, kawalan diamalkan melalui cara-cara ideologi – melalui pengawalan pendidikan, pengawalan akhbar, radio dan televisyen, dan sebagainya. Iaitu, ideologi kelas pemerintah menyemai idea bahawa kita benar-benar memiliki kebebasan akhbar, kebebasan berucap, dan sebagainya. Akhir sekali, kerajaan menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang tidak berat sebelah, di atas perjuangan-perjuangan kumpulan-kumpulan dalam masyarakat, mewakili apa yang mereka memiliki bersama (‘kepentingan kebangsaan,’ dan sebagainya).

Bentuk-bentuk kerajaan
Kerajaan dapat mengambil pelbagai bentuk berbeza bergantung kepada keperluan-keperluan kapital pada masa-masa tertentu, misalnya:

(1) Di Britain pada abad ke-19, dengan borjuasi yang kuat dan hubungan-hubungan pengeluaran kapitalis yang dijamin, kerajaan mendakwa bahawa ia memainkan peranan tanpa campur tangan, seperti pengawal malam. Pengawalan kebanyakan aspek masyarakat ditentang, kerana kapital tidak memerlukan kawalan seperti itu.
(2) Di Jerman pada abad ke-19, di mana borjuasi sangatlah lemah, ia merupakan kerajaan yang telah menyatukan negara dengan peperangan, untuk memberikan bingkai kukuh bagi perkembangan kapitalis.
(3) Di Perancis dari tahun 1851 sehingga 1870, Napoleon III telah memerintah. Terdaptnya imbangan kuasa-kuasa kelas yang telah membolehkan Napoleon III, berdasarkan kaum petani bebas, untuk menguasai jentera kerajaan.
(4) Sekali lagi, di bawah fasisme, ancaman kepada kewujudan kapital telah menjadi begitu besar sehingga Hitler merampas kuasa dan menghancurkan pertubuhan-pertubuhan kelas pekerja dengan keganasan terbuka seperti yang tidak pernah dibayangkan. Kebanyakan pihak kapitalis tidak menyukai Hitler tetapi tidak melihat apa-apa penyelesaian lain kepada masalah-masalah mereka.
(5) Di Rusia pada tahun 1930-an, kelas pemerintah dan birokrasi kerajaan telah bergabung – kuasa politik dan ekonomi berada dalam tangan yang sama, dan ini bukanlah tangan kelas pekerja.

Apa yang contoh-contoh ini menunjukkan adalah bahawa di bawah sistem kapitalisme swasta, kaum borjuasi dapat memerintah, tetapi tidak perlu mentadbir, iaitu tidak perlu menguasai jentera kerajaan secara langsung. Tetapi kerajaan sentiasa menyokong kepentingan kelas mereka, yang merupakan perluasan kapital dengan mengeksploitasi kelas pekerja – sebagaimana birokrasi pemerintah di Rusia dan Eropah Timur (yang merupakan kelas pemerintah) didasarkan pada kepentingan-kepentingan kelasnya sendiri, iaitu perluasan pengeluaran kapitalis.

Terdapatnya tiga padangan pada sayap kiri mengenai kerajaan:

(a) Kekalkan dan gunakan kerajaan birokratik – pandangan pihak reformis dan Stalinis.
(b) Basmikannya dengan serta-merta selepas revolusi – pandangan anarkis.
(c) Hancurkan kerajaan borjuasi dan di tempatnya, bina sebuah kerajaan baru yang akhirnya akan menjadi layu – iaitu pemerintahan diktator oleh proletariat. Ini adalah pandangan Marxsis.

Kesilapan dua pandangan pertama akan menjadi jelas apabila kita mengkaji kerajaan proletariat yang akan didirikan selepas revolusi.

Pemerintahan diktator oleh proletariat
Perjuangan kelas tidak berakhir selepas rampasan kuasa secara revolusioner oleh kelas pekerja. Segala bukti bersejarah menunjukkan bahawa malah selepas revolusi, kaum borjuasi dan kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai kepentingan untuk mempertahankan sistem kapitalis akan berjuang untuk menghancurkan kerajaan pekerja baru. Maka kumpulan pemerintah baru – kelas pekerja – perlu mengatur dirinya untuk menghancurkan segala tentangan reaksioner. Kerajaan baru akan didirikan – kerajaan pekerja.

Kerajaan ini adalah berbeza daripada mana-mana bentuk kerajaan di bawah kapitalisme. Ia akan didasarkan pada:

(1) Rakyat bersenjata – yang menggantikan ‘badan-badan manusia bersenjata yang khas.’
(2) Kelesapan birokrasi – kesemua pegawai akan dilantik dan ditakluki kepada panggilan kembali serta-merta, sambil menerima gaji pekerja.
(3) Parlimen akan digantikan oleh soviet-soviet – iaitu majlis-majlis pekerja – yang akan menggabungkan kawalan ke atas keputusan-keputusan politik dan ekonomi, dan yang akan menguasai pengeluaran.
(4) Pengawalan ke atas cara-cara telekomunikasi – akhbar dan sebagainya – akan berada dalam tangan soviet-soviet.

Maka, menentang pihak anarkis, seseorang mengutarakan keperluan untuk mempertahankan kejayaan-kejayaan revolusi dengan apa-apa cara yang diperlukan. Sambil perjuangan kelas berterusan, sesuatu bentuk kerajaan diperlukan.

Menentang pihak reformis dan Stalinis, seseorang berkata bahawa jentera kerajaan lama telah dibentukkan untuk mengekalkan pemisahan di antara mereka yang memerintah dan mereka yang diperintah. Ia mesti dihancurkan dan bentuk-bentuk pertubuhan baru diasaskan.

Beberapa pihak berkata bahawa mereka menentang apa-apa bentuk pemerintahan diktator – malah oleh kelas pekerja. Kepada mereka, kami berkata bahawa pemerintahan diktator selepas revolusi akan menjadi lebih demokratik daripada mana-mana sistem yang sudah wujud. Sebenarnya, pemerintahan diktator oleh proletariat adalah konsep yang paling demokratik selepas revolusi – istilah ‘pemerintahan diktator’ menandakan bahawa, sambil masih wujudnya kelas-kelas dalam masyarakat, satu kelas perlu memerintah atau kelas lain akan merampas kuasa – pemerintanan sedar oleh seluruh sebuah kelas sosial, iaitu majoriti dalam masyarakat. Dalam membebaskan diri mereka, kelas pekerja akan membebaskan kesemua kumpulan lain yang tertindas dalam masyarakat, kerana pengeksploitasian akan dibasmikan dan digantikan oleh pengeluaran di bawah kawalan sedar oleh kesemua mereka pada mana kehidupan sosial koperatif bergantung.

Kelayuan kerajaan
Ia adalah penting untuk menekan bahawa kerajaan masih akan wujud selepas rampasan kuasa. Kelas pekerja mesti mempertahankan dirinya dan pemerintahannya, dan sambil masih wujudnya percanggahan-percanggahan kelas, kerajaan juga akan wujud. Tetapi kerajaan ini, kerajaan pekerja, dalam realiti adalah sangat berbeza daripada bentuk kerajaan borjuasi, sangatlah bersifat demokratik dan terikat kepada dasar sosial, sangat tidak bersifat birokratik, sehingga ia akan menjadi negasi apa yang kita maksudkan dengan perkataan kerajaan. Perlibatan aktif oleh berjuta-juta orang dalam urusan kerajaan akan menghalangnya daripada ‘melepasi genggaman,’ menghalangnya daripada menjadi harta peribadi segolongan minoriti yang ingin menggunakannya untuk melanjutkan kepentingan-kepentingan peribadi mereka. Tahap kematangan ekonomi dan budaya yang tinggi di kalangan kelas pekerja akan memastikan bahawa mereka terus menguasai kerajaan. Penghapusan percanggahan kelas dan penyebaran revolusi dari segi antarabangsa akan menjadikan kerajaan ini sesuatu yang tidak lagi diperlukan. Dengan kelayuan kerajaan, bentuk masyarakat baru akan dibina. Ia adalah sombong untuk menentukan bentuk yang ini akan mengambil – ini akan menjadi batasan kepada aktiviti bebas lagi sedar bagi mereka yang akan membina masyarakat baru ini, yang akan menciptakan sejarah mereka sendiri. Tetapi ia adalah jelas bahawa pemisahan kawalan politik, sosial dan ekonomi akan diatasi: perjuangan manusia menentang manusia akan diakhiri, dan digantikan oleh kerjasama bebas, dan perkembangan potensi manusia yang paling bebas. Seperti yang dikatakan oleh Leon Trotsky:

Bentuk-bentuk kehidupan akan menjadi dramatik secara dinamik. Jenis manusia purata akan bangkit ke tahap Aristotle, Goethe atau Marx. Dan di atas bukti ini, pergunungan baru akan timbul.

Bacaan: Lenin, Kerajaan dan Revolusi.

Tidak ada komentar: